KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menggesa pihak pembelaan agar tidak melakukan serangan peribadi dalam hujahan mereka.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib, merujuk kepada hujahan berkaitan permohonan pembelaan bagi mendapatkan laporan forensik, membabitkan perbualan antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, berhubung pemberian 'Coklat RM2 juta' yang didakwa telah diberikan kepada Lim sebagai rasuah.
Ahmad Akram menyuarakan sedemikian, setelah melihat pertikaian berterusan antara Ketua Pendakwaan kes itu, iaitu Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, pada perbicaraan kes Lim di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, hari ini.
Ia selepas Gobind mempertikaikan peranan seorang lagi TPR iaitu Nik Haslinie Hashim, yang mengendalikan kes Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan kes Lim di sini.
Ahmad Akram berkata pihak pembelaan perlu mengemukakan hujahan mereka berdasarkan fakta dan bukti, dan bukannya melalui serangan peribadi terhadap TPR.
"Serangan terhadap TPR perlu dihentikan, kerana mereka pegawai kepada mahkamah. Ini akan menarik perhatian media yang tidak perlu.
"Kami (pihak pendakwaan) berada di sini hanya untuk menjalankan tugas kami. Malah kami tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi di sini," katanya.
Terdahulu, Gobind berkata Nik Haslinie yang turut mengendalikan kes melibatkan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam, sudah sedia maklum mengenai fakta melibatkan kes itu.
"Nik Haslinie yang juga salah seorang TPR dalam kes ini sudah maklum yang duit RM2 juta itu bukanlah untuk diberikan kepada Lim, tetapi untuk Gnanaraja.
"Mereka tahu fakta ini semasa siasatan lagi. Mengapa mereka ingin menyembunyikan bukti?
"Mereka (pihak pendakwaan) masih berkeras mahu membantah permohonan kami. Dakwaan bahawa mereka tidak tahu mengenai kes Gnanaraja di Shah Alam adalah palsu.
"Ini penghinaan mahkamah di tahap tertinggi dan penuh dusta," kata peguam itu.
Kesal dengan pernyataan itu, Wan Shaharuddin menegaskan bahawa dokumen yang dimohon pihak pembelaan tidak relevan dengan perbicaraan kes Lim.
"Tertuduh yang dibicarakan hari ini bukanlah Gnanaraja atau Zarul Ahmad, tetapi Lim.
"Mereka perlu meyakinkan mahkamah bahawa dokumen tersebut relevan. Bukannya tugas kami (pihak pendakwaan) untuk mengatakan sebaliknya.
"Permohonan ini hanyalah salah satu strategi untuk 'memancing maklumat' yang dilakukan bukan dengan niat baik.
"Sekiranya permohonan ini dibenarkan, ia akan membuka jalan kepada lebih banyak lagi yang tidak berkaitan," katanya.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Azura menetapkan 5 April depan untuk memutuskan berhubung permohonan laporan forensik berkenaan.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. -Gambar fail/Bernama
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Kes terowong: Pendakwaan gesa pembelaan tidak lakukan serangan peribadi dalam hujahan
Ahmad Akram berkata demikian setelah melihat pertikaian berterusan antara Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim.
PRU15: Serangan peribadi calon BN, itu taktik lama - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, tindakan parti lawan melancarkan serangan peribadi terhadap calon BN dalam PRU15 hanyalah satu taktik lama.
Pelantikan Duta Besar ke Indonesia: "Kritikan profesional atau serang peribadi?" - Tajuddin
Meskipun menerima kritikan yang kurang enak daripada beberapa pihak mengenai pelantikan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak mahu cepat melatah.
Pas Selangor dakwa akaun Twitter Roslan Shahir digodam
Pas Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata pihaknya kesal dengan tindakan pemain politik yang menggunakan serangan peribadi kepada Roslan.
Kimanis Memilih: Pembangkang sudah hilang modal, putar belit isu PSS - UPKO
Meskipun jentera pihak parti pemerintah sentiasa menerima tohmahan melampau dan serangan bersifat peribadi oleh pembangkang di dalam PRK itu, ia sesekali tidak mematahkan semangat juang mereka.
Tanjung Piai Memilih: Wee Jeck Seng enggan layan serangan peribadi
Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng hanya mahu fokus pada PRK Tanjung Piai pada hari terakhir kempen.
PRU14: Jangan buka aib, maki hamun dan tabur fitnah - Syed Ali
Perbuatan mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tidak sepatutnya berlaku dan dijadikan modal kempen politik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Saya tidak gusar serangan pembangkang - Zambry
Katanya, beliau sedar serangan itu hanya satu taktik pembangkang untuk membunuh karakternya, yang sering mereka lakukan, terutama menjelang musim pilihan raya umum (PRU).